Sunday, June 28, 2009

Posted By FST USIM | 2 comments

PELAJAR FST MENANG PINGAT DI NRIC 2009


Pulau Pinang, 18 Mei 2009 – Tahniah diucapkan kepada pelajar tahun akhir Fakulti Sains dan Teknologi (FST) USIM kerana telah memenangi pingat dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi 2009 anjuran Universiti Sains Malaysia (USM).

Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari bermula 16 hingga 18 Mei 2009 merupakan kali ketiga diadakan seumpamanya. Antara objektif utama pertandingan ini adalah merangsang pelajar menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang boleh menarik minat pelajar-pelajar untuk mencipta peluang kerja.

USIM telah menghantar sebanyak 10 pasukan dan 6 pasukan telah berjaya memenangi beberapa pingat termasuk satu Anugerah Khas. USIM telah memenangi satu emas untuk projek ‘The Formulation of High Fibre Guava Cookies from different Parts of Pink Guava Fruit’ yang mana projek ini turut dianugerahkan ‘Special Project Award : Sustainability’. Pemenang projek ini telah membawa pulang cek bernilai RM3,000 dan sebuah piala.

Selain itu USIM turut memenangi satu pingat perak untuk projek ‘Software Agent for Registry Repair & Maintainance (Spyjak Antivirus Software)’ dan tiga pingat gangsa untuk projek ‘New Feldspar-Immobilized Biocatalysts for Organic Synthesis’, ‘Antimicrobial Activity of Essential Oils from Cymbopogon nardus & Cymbopogon Flexuosus dan ‘Clarification of Pink Guava Juice by Enzymatic Treatment’.


Sumber dari,
Laman Web Usim

2 comments:

Thursday, June 18, 2009

Posted By FST USIM | 0 comments

Pendinding Dengan Al-Muawwizat


Al-Muawwizat ( Pelindung-pelindung ). Terdiri daripada 3 surah iaitu:

1) Surah Al-Ikhlas
2) Surah Al-Falaq
3) Surah An-Nas

Kaifiat:

1) Unjurkan kaki ke arah kiblat

2) Mengangkat dua tangan seperti berdoa

3) Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai ( tidak termasuk Al-Fatihah )

4) Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas

5) Tarik sedikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruhan anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit

6) Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari


DISEDIAKAN OLEH:
Program
Keselamatan & Jaminan Maklumat

0 comments:

Tuesday, June 9, 2009

Posted By FST USIM | 0 comments

Lebah


InsyaAllah sedikit pekongsian tentang lebah...



ORGANISASI YANG LUAR BIASA PADA SARANG LEBAH

Kehidupan lebah di sarang dan produksi madunya sangatlah menakjubkan. Tanpa membahas terlalu terperinci, marilah kita amati ciri-ciri utama "kehidupan sosial" lebah.

Lebah harus melaksanakan banyak "tugas" dan mereka mengatur semua ini dengan organisasi yang luar biasa.

Pengaturan kelembapan dan ventilasi:


Kelembapan sarang, yang membuat madu memiliki kualiti perlindungan yang amat tinggi, harus dijaga pada batas-batas tertentu.


Pada kelembapan di atas atau di bawah batasan ini, madu akan rosak serta kehilangan kualiti perlindungan dan gizinya.


Begitu juga, suhu sarang harus 35 C selama sepuluh bulan pada tahun tersebut. Untuk menjaga suhu dan kelembapan sarang ini pada had tertentu, ada kelompok khusus yang bertugas menjaga ventilasi.




Jika hari panas, kita akan dapat melihat lebah sedang mengatur ventilasi sarang.


Jalan masuk sarang dipenuhi lebah.


Sambil menempel pada struktur kayu, mereka mengipas sarang dengan sayap. Dalam sarang normal, udara yang masuk dari satu sisi terdorong keluar pada sisi yang lain.


Lebah ventilator yang lain bekerja di dalam sarang, mendorong udara ke semua sudut sarang.

Sistem ventilasi ini juga bermanfaat melindungi sarang dari asap dan pencemaran udara.


Sistem kesihatan: Lebah menjaga kualiti madu tidak terbatas hanya pada pengaturan kelembapan dan panas.


Di dalam sarang terdapat sistem pemeliharaan kesihatan yang sempurna untuk mengendalikan segala peristiwa yang mungkin menimbulkan bakteria.


Tujuan utama sistem ini adalah menghilangkan zat-zat yang mungkin menimbulkan bakteria. Prinsipnya adalah mencegah zat-zat asing memasuki sarang.

Untuk itu, dua penjaga selalu ditempatkan pada pintu sarang. Jika suatu zat asing atau serangga memasuki sarang walau sudah ada tindakan pencegahan ini, semua lebah berusaha untuk mengusirnya dari sarang.


Cuba sahabat sekalian lihat kesepaduan lebah ini...

Haiwan mampu..bagaimana dengan kita???

Ada akal untuk bijak bertindak...juga punyai hati yang bijak merasai..


Fikir-fikirkan dan jadikan iktibar


"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."
(QS. An-Nahl: 68-69)

daripada:
Teknologi Kimia Industri

0 comments: