Tuesday, May 21, 2013

Posted By FST USIM | 2 comments

Kenapa Perlu Memilih Tamhidi USIM




  • USIM adalah sebuah IPTA yang unik, menawarkan program pengajian (double major) dalam pelbagai bidang yang mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli.
  • USIM adalah satu-satunya IPTA yang menawarkan semua program pengajiannya berteraskan pendidikan Islam (usaha pengembalian zaman kegemilangan ilmuan Islam).
  • Program pengajiannya diolah untuk melahirkan graduan yang memenuhi keperluan pelbagai industri, luas ilmu dan pengetahuan, menguasai bahasa Arab dan bahasa Inggeris, serta mantap dengan ciri-ciri kemahiran insaniah.
  • Tenaga pengajar USIM menggabungkan tenaga pengajar tempatan dan antarabangsa, yang mempunyai kelayakan dan pengalaman luas, pakar dan terkenal dalam bidang masing-masing.


Program Tamhidi USIM adalah merupakan program lulusan lepasan SPM yang bertujuan menyediakan calon untuk peringkat Ijazah Pertama. Tamhidi adalah satu perkataan Arab yang bermaksud 'Persediaan ' sebagaimana istilah 'Matrikulasi' di Kementerian Pelajaran Malaysia dan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 'Asasi' di Universiti Malaya, 'Tahun Asas' di Universiti Teknologi Malaysia atau serupa dengan program pra-universiti (STPM, HSC atau A’ Level). Oleh itu Program Tamhidi adalah setara dengan program-program ‘foundation’ atau asasi yang dijalankan oleh universiti-universiti yang telah tersenarai.

Program Tamhidi (Matrikulasi, Asasi atau Pra-Universiti) adalah bertujuan untuk menyediakan para pelajar bagi kemasukan ke tahun pertama pelbagai program Ijazah Sarjana Muda USIM. USIM menawarkan lima program Tamhidi yang menjurus kepada program Sarjana Muda berikut iaitu:

1.  Tamhidi Perubatan
Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri (MBBS)

2.  Tamhidi Sains dan Teknologi
Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Makanan)
Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko)
Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat)
Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Matematik Kewangan)
Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Fizik Gunaan)
Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Kimia Industri)

3.  Tamhidi Syariah dan Undang-Undang
Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dengan Kepujian

4.  Tamhidi Perakaunan dan Muamalat
Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian
Sarjana Muda Pemasaran (Perkhidmatan Kewangan) dengan Kepujian
Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan Hubungan dengan Kepujian

5.  Tamhidi Pergigian
Sarjana Muda Pembedahan Pergigian


2 comments: