Fakulti Sains & Teknologi USIM

Generasi Professional Islam

Makluman

Blog ini merupakan hak milik MAHASISWA/I FST, USIM

Talk

Senarai Fakulti yang terdapat di USIM

  • Fakulti Pengajian Quran & Sunnah
  • Fakulti Kepimpinan & Pengurusan
  • Fakulti Syariah & Undang-Undang
  • Fakulti Ekonomi & Muamalat
  • Fakulti Sains & Teknologi
  • Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
  • Fakulti Pengajian Bahasa Utama
  • Fakulti Pergigian

Senarai Program FST

  • Bioteknologi Makanan
  • Sains Aktuari & Pengurusan Risiko
  • Matematik Kewangan
  • Keselamatan & Jaminan Maklumat
  • Teknologi Kimia Industri
  • Fizik Gunaan

Program yang akan dijalankan dibawah FST

  • 2009: Sains Haiwan
  • 2009: Sains Tumbuhan
  • 2009: Matematik
  • 2009: Statistik
  • 2009: Sistem Arkitektur & Teknologi e-Perniagaan

Laman Sains

Saintis

Admins

Followers

JOm Join YahooGroup FST USIM

Suburkan Budaya Wacana  

Karnival Mahasiswa 2009 (KARSIS '09) 0 comments

Semalam, berakhirnya konvensyen Wehdah anjuran SPMM di kampus Nilai. Kejayaan dalam penganjuran konvensyen itu aku lihat sebagai suatu kelangsungan yang positif dalam menggarap idealisme, kematangan berfikir dan keupayaan menelaah isu-isu ummah yang bercambah dalam benak minda di kalangan mahasiswa kampus.

Kejayaan menghimpunkan sahabat-sahabat dari pelbagai kampus luar juga menandakan program seumpama ini mampu membuktikan platform sedia ada sudah berupaya menjalin rapatkan hubungan dengan mahasiswa seluruh negara sekali gus mampu berkongsi kekuatan dan gerak langkah secara bersama.

Suasana harmoni juga dikhabarkan berhasil diterjemahkan dalam konvensyen tersebut. Aku mendapat tahu, sahabat daripada PKPIM turut hadir memberikan sokongan. Begitu juga wakil daripada JIM, GAMIS dan lain-lain. Itu suatu perkembangan yang positif dalam usaha kebersamaan atas wadah keilmuan. Tiada lagi jurang pemisah antara satu sama lain.

Aku tidak berpeluang untuk menyertainya sama ada sebagai urusetia mahupun peserta. Apapun, terbit kebanggaan dalam hati melihatkan sahabat-sahabat seangkatan yang begitu bertungkus-lumus dalam gerak kerja sebelum dan sepanjang program berlangsung. Tahniah kepada saudara Daing Mohd Fadzil, saudari Huda Sakinah, saudari Saadah(sekadar menyebut beberapa nama) dan semua penggerak yang aktif dalam menjayakannya.

Timbul juga rasa cemburu bila dimaklumkan kemunculan beberapa figur intelektual tempatan tampil berkongsi ilmu dan pemikiran mereka dalam konvensyen itu. Kehadiran mereka di bumi USIM diharap akan meneruskan kelangsungan minat dalam membudayakan wacana di kalangan mahasiswa meskipun diakui, masih wujud pesimis di kalangan siswa-siswi sendiri terhadap usaha islamisasi ilmu yang giat dijalankan ketika ini.

Aku cuma mendoakan agar hasil daripada program tersebut mampu memberi dampak positif dan mengesankan kepada semua mahasiswa, bukan kepada sekelompok masyarakat kampus sahaja. Kepada yang menyertainya, mudah-mudahan manfaat daripada pencerahan dan penjernihan yang diperoleh dapat dikongsi dan disebarkan kepada rakan-rakan mahasiswa yang lain.

Membaca laporan media di sebuah laman web, aku tertarik dengan mengambil intipati ucapan utama Dr Mohd Farid bin Mohd Shahran. Menurut beliau, cabaran yang semakin banyak dan canggih menyebabkan tuntutan dakwah menjadi semakin besar dan memerlukan pendekatan yang dinamik.

Beliau memetik kupasan daripada kitab Tafsir Al-Kabir oleh Imam Fakhrur Razi (Ar-Razi) yang menjelaskan bahwa ahli ilmu itu terbahagi kepada tiga golongan.

Pertama, cendekiawan yang mencari kebenaran sebenar, yang mana berinteraksi bersama mereka memerlukan dalil yang diyakini iaitu hikmah.

Kedua, golongan biasa yang masih kekal dalam fitrah yang asli dan akhlak yang baik; golongan ini tidak sampai kepada tahap memahami dalil secara hikmah, cukup sekadar diberi peringatan yang baik.

Golongan ketiga pula adalah orang yang suka berdebat; berinteraksi secara ilmiah dengan mereka ini tidak berguna, tetapi perdebatan secara hujahan boleh mendiamkan mereka.

Pada masa yang sama, zaman yang serba canggih sekarang ini pun tidak membawa apa-apa makna kepada pendakwah sekiranya mereka tidak turut melengkapi diri dengan ilmu. Apa gunanya mempunyai ‘Power Point’ kalau kita tidak mempunyai ‘powerful point’.

Semoga hidup kita sentiasa bersantunkan adab dan hikmah, serta kekal dalam berpedomankan Al-Quran dan Sunnah. Tiada guna mengaku diri sebagai ilmuan atau ahli intelek tanpa ada pancaran murni dalam berakhlak. Ia bukannya mendekatkan rahmat Tuhan, sebaliknya mengundang cemuhan daripada penghuni langit.

Sama-sama membudayakan wacana!



Dipetik daripada:
Blog Mohd Hazimin Harun, SMSU Tahun 2
www.mohaz.blogspot.com

Muhasabah Cinta Kita Terhadap Rasulullah saw.  

::نورهدى سكينة بنت عبدالكريم:: 0 comments


Assalamualaikum.. :hi:
Sebelum kita bermula: Di manakah kita berada daripada Rasulullah? :ha?:

Kita sering melupakan baginda tetapi insan mulia ini mengingati dan amat menyayangi kita semua. Ungkapan baginda sebelum pergi bertemu Kekasihnya, "Umatku... umatku..." meliputi semua manusia yang hidup semasa kerasulan baginda hinggalah bayi terakhir yang lahir sebelum hari kiamat.

Kita termasuk golongan yang disebut baginda sebagai "ummati". Kita merupakan golongan yang sangat diambil berat oleh insan agung ini. Nabi Muhammad SAW menangis kerna kita. Menanggung penderitaan kerna kita. Darahnya yang mulia membasahi bumi kerna kasih baginda yang tak terhingga kepada kita, umatnya.

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (At-Taubah: 128)

Nabi Muhammad SAW sayang kita. Hebatnya kasih baginda kepada kita, baginda tak sanggup melihat umatnya terkapai-kapai tanpa pegangan. Terumbang-ambing tak kenal siapa Tuhan. Bergelumang dalam najis kemaksiatan dan kehancuran.

Baginda berkorban segala-galanya demi Islam. Untuk kebaikan umatnya. Kerna kita semua. Namun, apakah yang kita dah buat untuk baginda? Adakah kita telah membuat sekelumit jasa yang boleh membuat Rasulullah bangga dengan kita sebagai umat baginda? Cinta dan kasih baginda yang tak terhingga kepada kita, apakah kita telah membalas cintanya?

Allah SWT telah memberi kita tempoh semenjak baligh hingga mati untuk kita berkhidmat kepada Rasulullah SAW. Berselawat ke atas baginda. Menghidupkan sunnah-sunnah baginda. Menghayati sirah perjalanan hidup baginda. Mempertahankan baginda daripada cercaan kuffar laknatullah. Meneruskan perjuangan dakwah baginda serta memastikan kesinambungan risalah yang dibawa oleh baginda. Kita mahu jika Rasulullah masih bersama-sama dengan kita kini, baginda senyum melihat kita. Kalau kita ingat Rasulullah, Rasulullah akan ingat kita.

Firman Allah dalam Surah al-Anbiya' ayat 107:
"dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Kelahiran baginda membawa rahmat untuk sekalian alam. Kelahiran kekasih Allah ini bagaikan cahaya yang menyinari segenap alam. Menerangi manusia yang terkapai-kapai dalam kejahilan, memandu mereka kepada makrifatullah. Bayangkan betapa besarnya rahmat ini: Sebesar rahmat seorang anak diketemukan dengan ibunya, besar lagi rahmat seorang hamba dan makhluk diketemukan dengan Penciptanya.

Manusia terbahagi kepada tiga golongan:

1. Golongan yang cinta akan dunia;

2. Golongan yang menghadapi konflik antara dunia dan akhirat; dan

3. Golongan yang menjadikan dunia sebagai ladang akhirat.

1. Golongan yang cinta dunia

Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Mukminun ayat 37:

"Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah kita akan dibangkitkan hidup semula."

Mereka ini juga dikenali sebagai golongan materialis. Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi memuaskan nafsu duniawi. Ini disebabkan mereka langsung tidak mempercayai bahawa mereka akan dibangkitkan dan akan dipersoalkan akan apa yang mereka kerjakan.

2. Golongan yang menghadapi konflik antara dunia dan akhirat

Firman Allah Ta'ala dalam Surah Ali Imran ayat 14:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."

Mereka menghadapi satu persoalan dalam hati mereka. Mereka tahu apa bahawa mereka akan dipersoalkan pada Hari Perbicaraan kelak. Tetapi mereka berasa sayang untuk melepaskan nikmat-nikmat duniawi. Kadangkala mereka menuntut dunia, kadangkala mereka menuntut akhirat.

3. Golongan yang menjadikan dunia ladang akhirat

Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-An'am ayat 32:

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"

Golongan inilah yang dibentuk oleh dakwah dan tarbiyah Rasulullah. Kelahiran baginda membawa rahmat ibadah. Melahirkan golongan manusia yang hidup mereka hanyalah ibadah kepada Allah SWT. Menjadikan segala kehendak dunia di tangan, bukan di hati. Mereka sanggup melepaskan dunia apabila akhirat meminta kerna dunia tak lekat di hati. Rahmat ibadah membaiki manusia daripada kehancuran disebabkan cinta dunia. Satu penyelamatan yang agung!

Rasulullah SAW juga lahir membawa rahmat akhlak sepertimana ungkapan baginda: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."

Baginda diutuskan untuk membentuk manusia. Daripada berakhlak binatang kepada akhlak manusia. Daripada akhlak Jahiliah kepada akhlak Islam. Oh, apakah yang lebih bererti bagi seorang manusia daripada menjadi seorang manusia itu sendiri? Pengutusan baginda merupakan rahmat yang menaikkan taraf manusia menjadi manusia yang sempurna yang berakhlak dengan akhlak-akhlak Islam. MasyaAllah.

Mari kita renung kembali pengorbanan baginda yang agung untuk KITA. Tak basahkah kelopak mata kita hanya memikirkan seorang insan mulia menanggung segala penderitaan yang berat untuk kita? Layakkah kita menikmati hasil pengorbanan yang agung itu tanpa melakukan apa-apa? Apakah kita telah mengenali baginda, insan yang bersusah payah untuk kita? Atau adakah kita hanya mengenali namanya sahaja?!

Oleh itu, marilah kita semua bersama-sama mengukuhkan keimanan kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. Baginda berkorban untuk walaupun tak pernah melihat kita. Berkhidmatlah untuk baginda walaupun kita tak sempat bersama-sama baginda.

Pada suatu hari Rasulullah SAW menangis maka para sahabat baginda bertanya, "Apa yang membuat engkau menangis wahai Rasulullah?" Maka jawab baginda, "Aku sangat rindu kepada ikhwanku." Maka sahabat pun berkata, "Bukankah kami ini ikhwanmu wahai Rasulullah?" Jawab baginda, "Tidak, kalian ialah sahabatku. Manakala ikhwanku ialah segolongan manusia yang hidup selepasku, mereka mengimaniku padahal mereka tidak pernah melihat aku." - HR Muslim :puppyeyes:

Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang menjadi ikhwan Rasulullah SAW ini. Ingatlah, kalau kita rindu Rasulullah, Rasulullah rindu kita.
:inlove:

Oleh: Ustaz Adni Razak (haluantarbawi)






















Mereka menjawab, 'Mahasuci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Mahabijaksana." (al-Baqarah: 32)


from:
ichemtech



sebelum tido...  

Karnival Mahasiswa 2009 (KARSIS '09) 0 comments

Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah r.a:
“Ya Aisyah, jangankah engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara:”

1. Sebelum khatam Al Qur’an
2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kamu melaksanakan haji dan umroh

Aisyah bertanya: ya Rasul, bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika ?

Rasul tersenyum dan bersabda: jika engkau tidur,
- Bacalah Al Ikhlas 3 kali, seakan-akan kau menghatamkan Al-Qur’an
- Bacalah sholawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua memberi syafaat di hari akhir
- Beristighfarlah untuk para muslimin, maka mereka akan meridhai kamu
- Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, maka seakan-akan kamu telah melaksanakan haji ataupun umroh

Wallahu a’lam.
Assalamua'alaikum...


Pulau Pinang, 18 Mei 2009 – Tahniah diucapkan kepada pelajar tahun akhir Fakulti Sains dan Teknologi (FST) USIM kerana telah memenangi pingat dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi 2009 anjuran Universiti Sains Malaysia (USM).

Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari bermula 16 hingga 18 Mei 2009 merupakan kali ketiga diadakan seumpamanya. Antara objektif utama pertandingan ini adalah merangsang pelajar menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang boleh menarik minat pelajar-pelajar untuk mencipta peluang kerja.

USIM telah menghantar sebanyak 10 pasukan dan 6 pasukan telah berjaya memenangi beberapa pingat termasuk satu Anugerah Khas. USIM telah memenangi satu emas untuk projek ‘The Formulation of High Fibre Guava Cookies from different Parts of Pink Guava Fruit’ yang mana projek ini turut dianugerahkan ‘Special Project Award : Sustainability’. Pemenang projek ini telah membawa pulang cek bernilai RM3,000 dan sebuah piala.

Selain itu USIM turut memenangi satu pingat perak untuk projek ‘Software Agent for Registry Repair & Maintainance (Spyjak Antivirus Software)’ dan tiga pingat gangsa untuk projek ‘New Feldspar-Immobilized Biocatalysts for Organic Synthesis’, ‘Antimicrobial Activity of Essential Oils from Cymbopogon nardus & Cymbopogon Flexuosus dan ‘Clarification of Pink Guava Juice by Enzymatic Treatment’.


Sumber dari,
Laman Web Usim

Pendinding Dengan Al-Muawwizat  

Karnival Mahasiswa 2009 (KARSIS '09) 0 comments


Al-Muawwizat ( Pelindung-pelindung ). Terdiri daripada 3 surah iaitu:

1) Surah Al-Ikhlas
2) Surah Al-Falaq
3) Surah An-Nas

Kaifiat:

1) Unjurkan kaki ke arah kiblat

2) Mengangkat dua tangan seperti berdoa

3) Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai ( tidak termasuk Al-Fatihah )

4) Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas

5) Tarik sedikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruhan anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit

6) Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari


DISEDIAKAN OLEH:
Program
Keselamatan & Jaminan Maklumat

Lebah  

Karnival Mahasiswa 2009 (KARSIS '09) 0 comments


InsyaAllah sedikit pekongsian tentang lebah...



ORGANISASI YANG LUAR BIASA PADA SARANG LEBAH

Kehidupan lebah di sarang dan produksi madunya sangatlah menakjubkan. Tanpa membahas terlalu terperinci, marilah kita amati ciri-ciri utama "kehidupan sosial" lebah.

Lebah harus melaksanakan banyak "tugas" dan mereka mengatur semua ini dengan organisasi yang luar biasa.

Pengaturan kelembapan dan ventilasi:


Kelembapan sarang, yang membuat madu memiliki kualiti perlindungan yang amat tinggi, harus dijaga pada batas-batas tertentu.


Pada kelembapan di atas atau di bawah batasan ini, madu akan rosak serta kehilangan kualiti perlindungan dan gizinya.


Begitu juga, suhu sarang harus 35 C selama sepuluh bulan pada tahun tersebut. Untuk menjaga suhu dan kelembapan sarang ini pada had tertentu, ada kelompok khusus yang bertugas menjaga ventilasi.




Jika hari panas, kita akan dapat melihat lebah sedang mengatur ventilasi sarang.


Jalan masuk sarang dipenuhi lebah.


Sambil menempel pada struktur kayu, mereka mengipas sarang dengan sayap. Dalam sarang normal, udara yang masuk dari satu sisi terdorong keluar pada sisi yang lain.


Lebah ventilator yang lain bekerja di dalam sarang, mendorong udara ke semua sudut sarang.

Sistem ventilasi ini juga bermanfaat melindungi sarang dari asap dan pencemaran udara.


Sistem kesihatan: Lebah menjaga kualiti madu tidak terbatas hanya pada pengaturan kelembapan dan panas.


Di dalam sarang terdapat sistem pemeliharaan kesihatan yang sempurna untuk mengendalikan segala peristiwa yang mungkin menimbulkan bakteria.


Tujuan utama sistem ini adalah menghilangkan zat-zat yang mungkin menimbulkan bakteria. Prinsipnya adalah mencegah zat-zat asing memasuki sarang.

Untuk itu, dua penjaga selalu ditempatkan pada pintu sarang. Jika suatu zat asing atau serangga memasuki sarang walau sudah ada tindakan pencegahan ini, semua lebah berusaha untuk mengusirnya dari sarang.


Cuba sahabat sekalian lihat kesepaduan lebah ini...

Haiwan mampu..bagaimana dengan kita???

Ada akal untuk bijak bertindak...juga punyai hati yang bijak merasai..


Fikir-fikirkan dan jadikan iktibar


"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."
(QS. An-Nahl: 68-69)

daripada:
Teknologi Kimia Industri

Nilai Ukhuwah Ini  

Karnival Mahasiswa 2009 (KARSIS '09) 0 comments


Mari kita sama-sama berbicara tentang ukhuwah

Kerana ukhuwah itu sangat indah dan manis!
‘…merasa erti persahabatan yang dijalin kerana Allah SWT,bebas daripada apa2 kepentingan duniawi.Indahnya anugerah persahabatan itu terlalu bernilai…’
Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mengingatkan kita tentang Allah.Ingin memetik sebuah kisah Rasulullah.Betapa Rasulullah adalah contoh teladan yang baik kepada para sahabat.

Kisah Rasulullah dan Limau


Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang Ada di antara kalian akan mengenyitkan Mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya'. Begitulah akhlak Rasullullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula.

"selemah- lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia- siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya" - Saidina Ali



Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis arbain yang ke 13:

Dari Abu Hamzah Anas bin Malik ra.,pelayan Rasulullah saw,bahwa Rasulullah saw bersabda,
“Seorang di antara kalian tidak (dikatakan) beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (HR Bukhari dan Muslim)
Dari hadis di atas dapatlah di fahami betapa pentingnya kita menyintai saudara kita sendiri,lebih2 lagi sahabat kita yang bersama2 dalam kehidupan kita.Mungkin hari ini kita tak memerlukan sahabat kita.Tapi esok,luse siapa tahu di saat kita dalam kesusahan,kesedihan sahabatlah yang menjadi tempat mengadu.
Mungkin dalam mengejar cita2 dan sibuk dengan tugas2 seharian,kita lupa untuk menunaikan hak sahabat kita.Pernahkah terfikir mungkin ada sahabat kita yang pernah berkecil hati dengan kita?Mungkin perlakuan kita?perkataan kita?sampai hati kita berkata sesuatu yang boleh melukakan hati sahabat kita



Pernah tak dengar ayat ni?. ‘Sahabat adalah cermin kepada sahabatnya’

Pernah tak terfikir yang selama ini kita menjadi cermin yang memantulkan imej yang tak baik buat sahabat kita?Kesian sahabat kita..Jadi mulai saat ini marilah kita menjadi cermin yang memantulkan imej yang paling baik buat sahabat2 kita!


Suatu ketika seorang Sahabat bertanya Rasulullah saw,'Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?'



Jawabnya:'Seorang yang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah swt,apabila kamu dengar percakapannya,pengetahuan kamu tentang Islam bertambah,apabila kamu melihat kelakuannya,kamu teringat kepada kehidupan akhirat'




program teknologi kimia industri

::LANGIT TANPA TIANG::  

Karnival Mahasiswa 2009 (KARSIS '09) 0 comments

..Perbualan dalam pesawat buka hati warga Australia anuti Islam..


Berikut perbualan antara Ustaz Dr Jamnul Azhar Haji Mulkan dengan warga
Australia, Smith Johnson, yang mengagumi teknologi zaman Firaun yang membuat piramid dan bertahan hingga kini.

""Adakah awak lihat tiang langit?''

""Tidak!''

""Kalau Firaun membina piramid dengan menggunakan satu tiang, Tuhan
menggantung langit tanpa tiang!''


Al-QURAN sifatnya mencabar, bukan hanya pada sains, malah semua bidang
ilmu. Ini kerana Al- Quran adalah mukjizat, Kalamullah, bukan karangan manusia.

Atas dasar inilah, Ustaz Dr Haji Jamnul Azhar Haji Mulkan, memulakan
ceramah beliau yang berjudul Al-Quran Mencabar Sains di Audiorium Madrasah Aljunied Al-Islamiah pada 2 Jun lalu sempena Mahrajan Penghayatan Al-Quran madrasah tersebut.

Menyampaikan ceramah dalam bentuk bercerita, Ustaz Jamnul menceritakan
pengalamannya menaiki pesawat dari Kahirah ke Singapura beberapa tahun yang lalu. Di dalam pesawat, beliau duduk di sebelah seorang warga Australia yang bernama Smith Johnson.

Encik Johnson memberitahu Ustaz Jamnul bahawa beliau berasa kagum
dengan teknologi zaman pemerintahan Firaun. Piramid-piramid yang dibina ribuan tahun dapat bertahan sampai sekarang.

Beliau juga kagum kerana piramid yang didirikan dengan hanya menggunakan
satu tiang sahaja. (Tidak disebut tenaga paksa golongan hamba yang digunakan untuk
mendirikannya).

Ustaz Jamnul lalu menyuruh Smith Johnson memandang ke luar jendela dan
melihat langit.

""Adakah awak lihat tiang langit?'' tanyanya kepada Smith Johnson.

""Tidak!''

""Kalau Firaun membina piramid dengan menggunakan satu tiang, Tuhan
menggantung langit tanpa tiang!''

Al-Quran, jelas Ustaz Jamnul, bukanlah sebuah buku sains. Bagaimanapun,
banyak perkara sains disentuh secara tidak langsung.

""Al-Quran diturunkan agar manusia menggunakannya sebagai panduan
menyembah Allah. Bagaimanapun, banyak ilmu sains tergarap di dalamnya.

""Ada pihak orientalis, termasuk Smith Johnson, yang mengatakan Al-Quran
itu ciptaan Nabi Muhammad saw. Allah swt mencabar manusia agar mencipta satu ayat yang setanding dengan Al-Quran tetapi ternyata manusia gagal,'' kata beliau.

""Namakan apa jenis ilmu sahaja, Al-Quran akan mencabarnya kerana ia
adalah mukjizat. Ini termasuk ilmu sihir. Apakah Nabi Musa as bermain sihir apabila tongkat beliau menjadi ular?
Tidak! Dengan mukjizat Tuhanlah, tongkat beliau menjadi ular.''

Menurut Ustaz Jamnul, ramai orang bukan Islam, seperti Encik Johnson
ketika ditemui membaca Al-Quran, tetapi belum terbuka hati untuk memeluk agama Islam dan mempersoalkan hukuman yang ditetapkan oleh Islam untuk orang yang melakukan perbuatan zina dan mencuri.

Ustaz Jamnul mengambil kesempatan menjelaskan kepada Encik Johnson
bahawa hukuman itu tidaklah kejam seperti yang disangka. Umpamanya, sebelum seseorang pencuri itu dihukum, 20 syarat perlu dipenuhi.

""Pisau misalnya mesti tajam agar penerima tidak terlalu terseksa. Orang
yang memotong memakai tudung hitam dan tidak boleh bersuara. Ini adalah untuk menjaga keselamatannya pada kemudian hari. Ambulans sudah bersedia. Yang menerima hukuman, rela dengan hukumannya, dan sebagainya.''

Encik Johnson akhirnya sedar bahawa beliau berhadapan dengan seorang
mahasiswa Universiti Al-Azhar dalam bidang perubatan. Setiap pertanyaannya dapat dijawab dengan munasabah oleh Ustaz Jamnul.

Walaupun Ustaz Jamnul berada dalam fakulti perubatan, beliau berkata
bahawa bukan sains atau perubatan yang menyembuhkan pesakit. Pesakit diberi ubat oleh doktor. Ubat itu adalah sebagai perantaraan. Yang menyembuhkan ialah Tuhan.

Sampai di Singapura, Ustaz Jamnul menukar pesawat ke Pulau Pinang sementara Smith Johnson menukar pesawat untuk ke Melboune, Australia.

Setahun kemudian, mereka berjumpa di Lapangan Terbang Subang. Beliau berjubah dan isterinya memakai purdah.

""Saya menangis apabila beliau memberitahu saya bahawa beliau sudah memeluk agama Islam!

""Mungkin perbualan saya dengan beliau dalam pesawat dari Kahirah ke Singapura telah membuka hatinya untuk lebih mendalami Islam dan akhirnya menjadi penganutnya,'' kata beliau.


Marilah kita sama2 mengambil 'ibrah drp kisah di atas.. Dah banyak kisah2 benar orang kafir yang memeluk Islam selepas mengkaji Sains dalam AlQuran.. Dan kebanyakan mereka yang memeluk Islam selepas mendapat hidayah Allah ternyata jauh lebih hebat daripada kita yang Islam sejak lahir.. malah ada mualaf yang mampu menarik orang2 kafir diluar sana untuk memeluk Islam melalui hujah2 Saintifik dan mengaitkannya dengan mukjizat AlQuran.. hebatkan..?

Jadi, sebagai pelajar Sains terutamanya.. kenapa kita tidak mahu mengambil kesempatan ini? Kita berdakwah dengan hujah Sains dan AlQuran.. cuba kaji dan dalami AlQuran.. kita kaji alam yang terbentang luas ini.. berjalanlah, pandanglah, lihatlah, fikirlah.. daripada sekecil-kecil mikroorganisma.. sehinggalah sebesar2 makhluk ciptaan Allah.., seandainya kita mengambil sedikit masa untuk mentadabbur dan berfikir, pasti kita akan nampak dan merasai kehebatan Allah, sebaik-baik PENCIPTA yang tiada tolok bandingannya~

Fikirkan : Adakah wajar bagi manusia untuk merasa diri hebat kerana dapat mencipta robot, komputer, bangunan2 pencakar langit dan pelbagai lagi ciptaan yang dicetuskan oleh minda yang KREATIF dan INOVATIF, sedangkan ilham dan idea itu sendiri dicetuskan oleh otak yang dipinjamkan Allah..

Dan tidak pernah ada manusia yang pernah berjaya mencipta makhluk bernyawa bahkan seekor lalatpun...

Wallahua'lam..

By,

Food Biotech's Student.. (^_^)

Mengapa Anda Selalu Lupa?  

Karnival Mahasiswa 2009 (KARSIS '09) 0 comments



Adakah masalah lupa merungsingkan anda? Itu sudah pasti, bukan? Sekiranya anda dapati anda sering kali lupa apa yang telah dibaca, maka tahniah!! itu tandanya anda manusia normal. Hasil kajian telah menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam.

Jangan cari alasan.


Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal. "Buat apa baca sekarang esok lupa juga". Inilah kata-kata yang sering diucapkan. Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa. Mudah bunyinya bukan??
Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksaan. Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-baiknya. Jangan risau kalau masih banyak yang anda belum ingat, yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham.
Fahami apa yang dibaca. Memahami matapelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan usaha untuk menghafalnya. Menghafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia. Sekiranya anda belajar awal, anda pasti punya banyak masa dan berpeluang untuk bertanya kepada guru dan rakan-rakan agar setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat..
Setelah anda benar-benar faham, sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda gunakan setiap kali datangnya musim peperiksaan. Sediakan juga nota-nota poket dan peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula kepada apa yang telah dipelajari tanpa perlu membelek semula buku-buku asal.

Hafal kata kunci.


Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk. Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta.
Contoh fakta:Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan dan otak kiri.
Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan kepada anda dalam fakta tersebut. Keduanya barulah hafal fakta itu, tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat. Hafal hanya perkataan 'dua hemisfera' yang merupakan kata kunci kepada fakta. Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti sahaja anda mampu menerangkan kepada orang lain apa maksud disebaliknya. Sebab itulah anda perlu faham sebelum anda hafal!!
Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Sekiranya anda terpaksa menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal kesemuanya serentak. Tidak perlu terburu-buru. Pecah-pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan ini.
Misalnya, kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat, pecahkan fakta-fakta ini kepada 3 kumpulan kecil. Setiap kumpulan mempunyai hanya 5 fakta. Baik, sekarang mana yang lebih mudah dihafal, kumpulan yang 15 fakta atau kumpulan yang mengandungi 5 fakta? Lihat! mudah-mudahkanlah pekerjaan anda. Sekali lagi jangan terburu-buru. Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi.
Sering membuat imbasan. Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali ulangkaji. Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa 80% daripada apa yang telah dipelajari akan lupa dalam masa 24 jam. Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat, maka jangan pelik kalau anda terpaksa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali lagi dimusim peperiksaan. Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif, anda perlu melihat seimbas apa yang telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik. Petua dibawah boleh digunakan dan terbukti berkesan:
Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam.
Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu.
Imbas 5 minit setiap 2 minggu.
Imbas 5 - 10 minit dimusim peperiksaan.


Gunakan teknik-teknik ingatan.


Untuk memudahkan lagi proses mengingati fakta, anda perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik mnemonik, teknik menggambar cara, teknik ceraian dan pelbagai lagi. Pastikan anda kembali ke sini setiap minggu sebab pelbagai topik berkaitan dengan ingatan akan dimasukkan dari semasa ke semasa.
Elakkan dari tidur petang. Ini lagi satu penyakit. Tidur selepas waktu Asar akan melembabkan otak anda. Dalam Islam amalan tidur petang sebegini sangat tidak digalakkan. Oleh itu hentikan tabiat buruk anda ini. Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat zuhur, ini sunnah Rasulullah s.a.w. Badan akan terasa lebih bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya nanti.


Ajarkannya kepada orang lain.


Cari peluang untuk mengajarkan apa yang telah anda ketahui kepada orang lain. Libatkan diri secara aktif dalam perbincangan kumpulan. Hanya dengan mengajarkannya sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk. Raikan setiap soalan dan hujah daripada rakan. Galakkan mereka bertanya kepada anda. Hanya dengan cara inilah otak anda mula bekerja lebih keras untuk mencari jawapan.

Time

Today

Jadual Unit Informasi

BLOG ( artikel )

Minggu 1 - FB
Minggu 2 - ASRM & FM
Minggu 3 - IChemTech
Minggu 4 - AP & ISA

I.P.Gen Mini Mag ( risalah )

Minggu 1 - AP & ISA
Minggu 2 - IChemTech
Minggu 3 - ASRM & FM
Minggu 4 - FB

Recent Posts

Recent Comments