Sunday, July 31, 2011

Posted By FST USIM | 1 comments

Kelebihan Berpuasa

Tidak lama lagi, kita akan berada dalam madrasah yang mendidik jiwa dan rohani kita iaitu RAMADHAN ALMUBARAK. Tidak dapat tidak, kita mesti mengharungi bulan yang sungguh mulia ini .Kewajiban puasa di bulan Ramadan disebutkan dalam Al Qur’an:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


“Wahai orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa” (Al -Baqarah:183)


Terdapat 1001 hikmah yang terselindung disebalik tuntuan berpuasa di bulan ramadhan menurut perspektif sains. Antaranya, Satu uji kaji yang dijalankan terhadap manusia dan anjing di makmal biologi Universiti Chicago yang mana banyak dari hasil kajiannya dimuatkan di dalam Journal of Metabolic Research, telah menunjukkan bahawa berpuasa bagi jangka masa 30-40 hari akan menyebabkan kadar metabolisme bertambah sebanyak 5-6%.


Puasa, Hukum dan Hikmah menurut Islam dan Perspektif Sains Moden karangan Syeikh Abdul Majid al-Zindani, terbitan Teguh Iman Resources, puasa boleh menyebabkan berlakunya pembaharuan sel. Sel-sel yang ada dalam tubuh manusia sentiasa bertukar ganti. Apabila berlaku kematian sel, sel baru akan terbentuk dan proses ini sentiasa berlaku selagi manusia tadi bernyawa. Bilangan sel yang mati dalam satu saat mencecah sehingga 125,000,000 sel dan jumlah sel pengganti melebihi dari sel yang mati itu. Asid amino yang merupakan elemen penting dalam pembentukan sel dalam tubuh manusia menjadi semakin aktif disebabkan amalan berpuasa. Oleh demikian pembaharuan sel menjadi semakin cepat dan sempurna.




Kajian di dalam Jurnal Aplikasi Fisiologi membuktikan bahawa bersenam sebelum, semasa dan selepas berbuka puasa boleh mengurangkan kehilangan glikogen di dalam sistem otot dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga daripada lemak untuk bersenam. Ini sekali gus dapat mengurangkan kandungan lemak di dalam badan kita dan dapat mengurangkan masalah berat badan.



Kajian Karli dan rakan-rakan (2007) di dalam Jurnal Sains Sukan dan Perubatan juga menyatakan bahawa puasa tidak akan memberi kesan negatif terhadap jumlah cecair badan, komposisi badan, kapasiti dan kuasa otot serta metabolisme asid laktik iaitu hasil perkumuhan otot dan penggunaan tenaga selepas senaman di kalangan atlet-atlet yang melakukan senaman rintangan tinggi.

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.



BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.



Saranan Rasulullah S.a.w , sahabat dan ulama’ berkenaan puasa. Rasulullah S.A.W bersabda “Berpuasalah supaya kamu sihat.” -Hadith Riwayat Abu Naiim


Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung” – Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasa`



Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”



Abdullah bin Mas’ud berkata, “Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”


Berdasarkan penemuan yang telah saya nyatakan, kita sebagai Muslim yang benar-benar beriman hendaklah berpuasa kerana ALLAH dan bukan semata-mata melihat kebaikan dari sudut kesihatan sahaja. Itu hanyalah dijadikan sampingan untuk kita mendekatkan diri kepada ALLAH yang MAHA BESAR. Terlalu bermakna setiap apa yang telah diaturkan oleh ALLAH. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Ada hikmah disebalik aturan-nya. Terpulang kepada manusia untuk mencari segala hikmah yang tersembunyi.




Daripada:
Aminah Alias
Biro Kebudayaan dan Kesenian
Majlis Perwakilan Pelajar, USIM

1 comments:

Wednesday, July 20, 2011

Posted By FST USIM | 0 comments

Keagungan Ciptaan Allah : Kulit

Sesungguhnya sains tidak lari dalam proses mengenal sunnatullah, peredaran Bumi pada paksinya, planet-planet yang mengelilingi matahari pada orbitnya yang tersendiri dan sebagainya. Sains Islam adalah yang terbaik berbanding dengan sains pemikir oleh Barat kerana sains Islam berkait rapat antara Agama bukan konsep sekularisme yang diamalkan oleh Barat dimana konsep sekularisma ini memisahkan agama dengan ilmu sains. Itulah uniknya dan indahnya Islam.

Pada awal tadi saya ada mengatakan bahawa, peredaran Bumi pada paksinya dan sebagainya. Kita lihat proses atau fasa perubahan bentuk Bulan yang dapat dilihat pabila malam menjelma dan ini jelas terbukti bahawa bulan beredar pada orbitnya di bumi dan setiap planet ada bilangan bulan yang tertentu. Perhatikan ayat Al-Quran Surah Yassin ayat ke-39

Maksudnya :
“Dan telah Kami tetapkan peredaran bagi bulan, sehingga (setelah ia sampai ke tempat peredaran yang terakhir) kembalilah ia seperti bentuk tandan yang tua.”

Bulan itu pada awalnya kecil berbentuk sabit, kemudian setelah menempati tempat peredaran, ia menjadi purnama, kemudian pada tempat peredaran terakhir kelihatan seperti tandan kering yang melengkung. –Nota Kecil pada Al-Quran tentang ayat di atas-

Lihatlah, Allah SWT Maha Bijaksana, kita manusia teramat cetek ilmunya sedangkan Allah boleh mencipta satu sistem atau fasa perubahan bulan utk kemaslahatan ummah dalam menentukan waktu-waktu solat, Puasa di bulan Ramadhan dan sebagainya.

Ini adalah muqaddimah saya dalam berbicara tentang keindahan sains itu sendiri dalam corakkan Islam yakni dalil-dalilnya cukup jelas dan nyata menerusi Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW. Justeru itu, rungkaian dalil-dalil ini jelas mengukuhkan lagi pembuktian penemuan-penemuan sains tika ini.

Saya amat tertarik akan falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia dimana tempat saya menadah ilmu Allah SWT ini dimana “The Philosophy” ini yang mencorakkan pemikiran seorang pencinta ilmu yang ikhlas dan berwawasan. Falsafah yang dimaksudkan ialah :

“Paduan antara Iman kepada Allah dengan Ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.”

Jelas falsafahnya, namun hakikat, di medan realiti ternyata berbeza dari segi penghayatannya. Menerusi falsafah ini ternyata, kajian penyelidikan yang dilaksanakan oleh para penyelidik haruslah selari dengan falsafah Universiti itu sendiri dalam kebaikan ummah sejagat. Dengan itu, perhatikan bagaimana penyelidik dari Chiang Mai Universiti di Thailand yang bernama Prof.Tegatet Tejasen sebagai Ketua Jabatan Anatomi di Universiti tersebut, telah membuat penyelidikan tentang kulit manusia. Perhatikan juga kenyataan yang dibuat oleh beliau iaitu :

“When a Doctor examines a patient suffering from burn injuries, he verifies the degree of burns by a pinprick. If the patients feel pain, the doctor is happy, because it indicates that the burns are superficial and the pain receptor are intact. On the other hand, if the patient does not feel any pain, it indicates that it is a deep burn and the pain receptors have been destroyed”

Melihat pada kenyataan beliau terhadap “Pain receptors have been destroyed” jelas reseptor kesakitan itu wujud dan ianya akan musnah apabila berlakunya “deep burn”. Dalam kerangka kita sebagai manusia yang tercari-cari kebenarannya, sudah pasti pada awalnya mengetahui bahawa sakit yang dirasai adalah terus dihantar ke otak untuk diproses mengeluarkan keputusan dan menafsirkan bahawa kita rasa sakit sedangkan kita perlu tahu adanya satu reseptor yang mengesan kesakitan itu terlebih dahulu.
Islam itu indah, perhatikan potongan ayat Al-Quran surah An-Nisa’ ayat ke-56 :

http://2.bp.blogspot.com/-vYpAxLXYg3Y/TcMPZ-AxvBI/AAAAAAAAAHE/L73MXGia1bU/s400/an%2Bnisa%2Bayat%2B56.gif

Maksudnya :
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Menerusi dalil inilah yang melengkapkan hasil keberjayaan kajian yang dibuat oleh Prof.Tegatet Tejasen dalam mencari jawapan adanya “Pain Receptor” itu dan akhirnya beliau mengucap dua kalimah syahadah memeluk agama Islam.
Kulit merupakan organ homeostasis yang penting. Ia merupakan organ manusia yang paling besar yang memiliki berat sekitar 6 paun. Kulit bertindak sebagai rintangan di antara persekitaran luar dan dalam badan iaitu sebagai pemisah. Kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.


Akhir kalam bicara, setiap tingkah laku akan lebih bermakna jika kita kembali merujuk kepada ajaran agama yang kita anuti ini yakni Islam. Islam sahajalah yang menyelesaikan pelbagai masalah ummah tika ini sewaktu ummah meronta-ronta mencari ruang cahaya kebenaran maka Islam lah jawapannya dan solusi terbaik.

Rujukan :
1.Al-Quran, Surah An-Nisa’, Surah Yassin
2.Laman Sesawang Universiti Kebangsaan Malaysia, Falsafah Universiti
3.Sazelin Arif,Ahmad Ridzwan Mohd Nor, Nooraini Sulaiman, Mahadi Abu Hassan, Ali Hafizar Mohamad Rawi, 2007, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Shah Alam,Selangor Malaysia, Mac Graw Hill Education.


Sumbangan:



MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
http://kembaraseorangmuslim.blogspot.com
Exco Hubungan Seranta
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi UKM

0 comments: