Wednesday, September 5, 2012

Posted By FST USIM | 0 comments

Isu Penambahbaikan Tatacara Kutipan Hasil USIM





Alhamdulillah, setelah perbincangan serta rundingan yang dibuat antara saya selaku wakil Jawatankuasa Peralihan Perwakilan Pelajar serta saudaraSabhi Wajdi selaku wakil JAKSA KK1 bersama pegawai bendahari iaitu En Azhar Bin Khozin, Penolong Akauntan Bendahari USIM, telah disepakati beberapa ketetapan, antaranya :-

1) Para pelajar boleh berdaftar kursus seperti sedia kala untuk memasuki sem hadapan walaupun masih mempunyai baki yuran tertunggak.

2) Untuk melangsaikan segala yuran-yuran tertunggak dalam masa satu sem pada sem hadapan adalah suatu perkara yang membebankan. Setelah berunding, dipersetujui bahawa yuran yang tertunggak boleh dibayar mengikut ketetapan PERATUSAN MINIMUM

Sebagai contoh, si A mempunyai yuran tertunggak sebanyak RM2000, maka hanya 10% (RM200) daripada jumlah itu sahaja yang perlu di bayar bagi membolehkan untuk pelajar menduduki peperiksaan akhir nanti. Walau bagaimana pun ketetapan PERATUSAN MINIMUM yang perlu dibayar masih belum dibuat dan pihak Bendahari akan meminta pandangan daripada para pelajar sendiri untuk menentukan PERATUSAN tersebut.

3) Survey jumlah PERATUSAN MINIMUM daripada jumlah yuran tertunggak yang perlu dibayar oleh pelajar bagi membolehkan pelajar menduduki peperiksaan akhir ( borang survey akan edarkan sedikit masa lagi)

Yang benar,

Izat Hafizullah Mohd Rafi
Pengerusi,
Jawatankuasa Peralihan Perwakilan Pelajar

0 comments: