Wednesday, December 17, 2008

Posted By FST USIM | 0 comments

AS-HABUL A’ARAF BERADA DI ANTARA SYURGA DAN NERAKA

Abdul Hamid Al-Ghazali(Imam Al-Ghazali)menyatakan dalam kitabnya Kasyful Ulumil Akhirah:Bahawa malaikat akan membawa seorang lelaki ke hadapan Allah SWT di akhirat kelak, setelah ditimbang amalannya didapati amal baik dan amal buruk sama berat.Ketika itu,tiada sebarang baki amal kebajikan yang dapat diletakkan di atas timbangan bagi memberatkan amal kebajikannya.

Tuhan berkata kepada lelaki itu:Kamu carilah dalam kalangan orang ramai di Mashsyar ini yang bermurah hati untuk mendermakan sedikit pahala kebajikan supaya timbangan kebajikan kamu akan berat dan membolehkan kamu memasuki syurga”.

Lalu lelaki itu pun berjalan di celah-celah khalayak ramai dan menemui setiap orang,tetapi tidak seorang pun yang sudi memberikan pahala kebajikan walau hanya seberat debu melayang sekalipun.Masing-masing enggan berbuat demikian kerana khuatir kelak berat timbangan amal kebajikan mereka akan berkurangan.

Maka As-Habul A-araf itu putus harapan setelah segala usahanya menemui jalan buntu.Walaupun dia telah menemui orang-orang yang mempunyai pahala kebajikan bertimbun-timbun,tetapi masing-masing tetap bakhil kerana kesemuanya dalam kebimbangan.

Dalam suasana berputus asa itu,tiba-tiba muncul seseorang yang mempunyai sedikit amal kebajikan sedangkan dosanya bertimbun-timbun,maka kebajikan yang sedikit itu tidak berguna baginya disebabkan kejahatannya jauh lebih banyak daripada pahala kebajikannya.Lalu diberikan kebajikannya yang sedikit itu.Maka gembiranya As-Habul A-araf itu tidak terkira kerana yang dicari telahpun diperolehinya.Setelah ditimbang semula dengan tambahan sedikit pahala kebajikan yang diperolehinya daripada seseorang maka ketika itu Tuhan memerintahkan lelaki itu supaya mencari semula orang yang bermurah hati mendermakan kebajikannya.

Kepada lelaki yang sudi mendermakan sedikit kebajikannya supaya As-Habul A’araf itu dapat masuk syurga,Tuhan berkata kepadanya,”Engkau memang seorang yang baik hati,sudi mendermakan sedikit pahala yang engkau miliki ketika semua orang tidak sudi memberikan pahala kebajikan mereka kepada As-Habul A-araf walaupun mereka mempunyai bertimbun-timbun pahala.Engkau seorang yang pemurah tetapi Aku adalah Tuhan yang Maha Pemurah.Justeru,aku perintahkan kamu supaya memimpin tangan lelaki yang menerima pemberianmu itu untuk memasuki syurga.”

Tuhan berkata lagi kepada orang yang mendermakan pahalanya di akhirat itu:”Kemulianku adalah lebih luas daripada kebaikan hatimu yang dermawan ketika orang lain semuanya terlalu bakhil untuk menderma.”

Dalam kitab Kasyful Ulumil Akhirah itu juga diceritakan kisah seorang daripada kalangan As-Habul A-araf yang sama berat timbangan amal kebajikan dan kejahtannya,tetapi dalam penimbang di sebelah kejahatan itu terdapat satu lembar kertas catatan malaikat yang tertulis percatan “ah”.Perkataan itu dicatat oleh malaikat ketika orang itu membantah ibu bapanya.Apabila kertas yang bertulis ah itu diletakkan di dalam piring neraca amal kejahatannya,lalu timbangan kejahatannya menjadi tersangat berat ,serta merta menjunam ke bawah.Denga itu,timbangan amal kebajikannya tidak dapat lagi mengimbangi kejahatannya yang pada mulanya sama berat itu.Berat dosa membantah cakap ibu bapa dengan satu perkataan ah itu dikira ditimbang dengan seluruh gunung yang ada di dunia,nescaya berat lagi dosa kata-kata yang berpunca daripada sikap derhaka membantah cakap ibu dan bapa.Lalu Allah SWT memerintahkan malaikat supaya mengheret orang itu dan mencampakkannya ke dalam neraka.Sebaik sahaja dia hendak dilontar ke dalam neraka,dia merintih merayu kepada malaikat supaya dihantar semula berjumpa Tuhan.Allah Taala memperkenankan permintaan orang itu.Ketika dia berhadapan dengan Tuhan,Allah SWT pun bertanya:”Wahai manusia yang derhaka kepada ibu bapa,apakah tujuanmu hendak berjumpa dengan Aku semula?”Jawab orang itu;”Wahai Tuhanku,ketika aku diheret masuk ke dalam neraka,aku terlihat ibu bapaku juga sedang diheret ke dalam neraka.Oleh itu,aku bermohon kepadaMu wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang supaya engkau gandakan siksaan itu kepadaku sesuai dengan dosaku sebagai seorang anak yang derhaka,tetapi lepaskanlah ibu bapaku daripada azab api neraka.”

Tuhan berkata kepada anak derhaka itu:”Di dunia,kamu berbuat derhaka kepada ibu bapan tetapi di akhirat kamu berbuat baik kepada ibu bapa.Jika begitu,Aku izinkan engkau memimpin tangan kedua-dua ibu bapamu masuk ke dalam syurga atas kebaikan engkau terhadap ibu bapamu di akhirat ini,sedangkan Aku Maha Berbuat Baik kepada hamba-Ku.’Riwayat-riwayat ini adalah untuk menunjukkan kebaikan Allah SWT di akhirat.Dia berhak melakukan sesuatu tanpa batasan.Apa yang diriwayatkan adalah di luar peraturan syariat sebagaimana yang disyariatkan sebagaimana yang disyariatkan kepada hambaNya di dunia ini.

Cerita-cerita seperti itu adalah perkara khusus yang dilakukan oleh Allah SWT terhadap orang tertentu daripad kalangan hambanya yang dipilih di akhirat atas sebab-sebab tertentu.Adapun peraturan dan syariat Allah di dunia adalah jelas dan tegas.Perintah wajib dilaksanakan dan setiap larangan Allah di dunia adalah jelas dan tegas.Memang Allah SWT berhak melakukan apa-apa sahaja terhadap hambaNya di akhirat kerana apa-apapun yang dilakukan adalah dengan keadilanNya.Jika Tuhan mengampunkan dosa hambaNya pada saat hampir dicampakkan ke neraka sekalipun dosa orang itu sangat -besar,kesemuanya adalah hak Allah Taala yang bersifat “Ghafur-rur Rahim”.Tidak ada sesiapa boleh mencampurinya.Tuhan telah berjanji bahawa Dia tidak akan melakukan kezaliman terhadap hambaNya.Akan tetapi jangan dipermudahkan pula larangan Allah Taala.


Disediakan oleh:
Program
Teknologi Kimia Industri

0 comments: