Friday, February 19, 2010

19 Feb.
Posted By FST USIM | 0 comments

Fatwa-fatwa Semasa


Sekadar gambar hiasan


Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera

Tarikh Keputusan: 21 Apr, 2009
Tarikh Mula Muzakarah: 21 Apr, 2009
Tarikh Akhir Muzakarah: 23 Apr, 2009
Oleh: Muzakarah Kali Ke-86
Keputusan:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan menyerupai amalan jahiliyah serta berlebihan-lebihan dan membazir.

Oleh itu, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.

Walau bagaimanapun, sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya mengandungi ukiran nama dan bentuk selain daripada manusia dan haiwan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ia adalah diharuskan selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan akidah seperti unsur-unsur pemujaan dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syarak

Acara-acara seperti Majlis Peringatan termasuk Bacaan Doa Selamat, Yasin, Tahlil dan sebagainya tidak boleh dilakukan di hadapan binaan peringatan tersebut dan hendaklah dilakukan di tempat berasingan seperti masjid atau bangunan lain semasa meraikan hari perayaan yang berkaitan.

Muzakarah juga bersetuju supaya JAKIM menyediakan satu garis panduan binaan tanda peringatan untuk rujukan semua agensi Kerajaan dan swasta serta masyarakat awam.





Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Tarikh Keputusan: 2 Oct, 2009
Tarikh Mula Muzakarah: 2 Oct, 2009
Tarikh Akhir Muzakarah: 2 Oct, 2009
Oleh: Muzakarah Kali Ke-88
Kod Isu:
Keputusan:

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam para fuqaha’ sepakat memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

  3. Muzakarah juga memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

  4. Muzakarah juga bersetuju supaya garis panduan pemakaian inai ini disediakan oleh JAKIM dengan memasukkan bersama nas-nas hadis yang berkaitan dengan unsur-unsur syirik dalam penggunaan corak atau ukiran inai.




Adat Istiadat Negeri Selangor

Huraian Tajuk/Isu:

Kerajaan Negeri Selangor. semasa melaksanakan aturcara-aturcara perayaan ulang tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan, telah mengadakan beberapa acara seperti berikut:

1. Paluan kompang
2. Pertunjukkan silat
3. Menaikkan bendera peribadi Sultan
4. Perarakan bunga manggar
5. Taburan bunga rampai
6. Pertunjukkan kebudayaan
- Nyanyian berkumpulan solo dan tarian-tarian Melayu, Cina, India dan Orang Asli
7. Mengangkat sembah.

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah diminta memberikan fatwanya mengenai perkara tersebut.

Keputusan:

1. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan keputusannya adalah seperti berikut :

1.1. Paluan kompang.
Dibolehkan dalam Islam dengan syarat tidak bercampur lelaki dan perempuan

1.2. pertunjukan silat
Dibolehkan dalam Islam dengan syarat tidak bercampur lelaki dan perempuan. tetapi jika pesilat itu wanita. maka tidak harus bagi lelaki menuntunnya.

1.3. Menaikkan bendera peribadi sultan
Diharuskan dalam Islam

1.4. Perarakan bunga manggar } - Tidak Diharuskan
1.5. Taburan bungan rampai } Dalam Islam
1.6. pertunjukan Kebudayaan }
1. Nyanyian berkumpulan } Hukumnya haram
solo dan } kerana bertentangan
2. Tarian-tarian Melayu } dengan hukum Syarak
Cina, India dan orang
Asli

1.7. Mengangkat Sembah

Majlis Fatwa Selangor mengambil keputusan bersetuju dengan FatwaKebangsaan iaitu memadai dengan tunduk hormat (badan tengkuk dan kepala sahaja yang ditundukkan)

Status Penwartaan:
Tidak Diwartakan



Pengunaan Kalimah Nama Allah Bagi Bukan Islam

Tarikh Keputusan: 5 May, 2008
Tarikh Mula Muzakarah: 5 May, 2008
Tarikh Akhir Muzakarah: 7 May, 2008
Oleh: Muzakarah Kali Ke-82
Keputusan:

Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.




Hukum Menyambut Valentine's Day

Tarikh Keputusan: 24 Nov, 2005
Tarikh Mula Muzakarah: 22 Nov, 2005
Tarikh Akhir Muzakarah: 24 Nov, 2005
Oleh: Muzakarah Kali Ke 71
Keputusan:

Amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam



Hukum Menggunakan Kaedah Ibu Tumpang Untuk Mendapatkan Zuriat

Keputusan:

Hukum menggunakan khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah haram walaupun sperma dan ovum diambil daripada pasangan suami isteri yang sah.

Status Penwartaan:
Diwartakan
Nombor Rujukan:
PMWP/100/20 Klt.2; PN. (PU
Akta/Enakmen:
Seksyen 34







http://www.e-fatwa.gov.my

0 comments: