Saturday, April 24, 2010

Posted By Petunjuk Ketenangan | 4 comments

New Product Launching Day 2010


Bandar Baru Nilai, 7 April 2010 – 39 Pelajar Tahun 3 kursus Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi menunjukkan daya inovasi yang tinggi apabila berjaya menghasilkan tujuh produk makanan baru menggunakan daya kreativiti dan pengetahuan yang dipelajari.

Produk makanan yang dihasilkan adalah Mushee-mushee-Kraker cendawan, Cittaya-Coklat dengan campuran buah naga, Cendawan Lekor – Campuran isi ikan dan cendawan, Mushmee – Campuran mee dan cendawan tiram, C-realicious – Cereal bar campuran dari buah-buahan dan kekacang, Tempower-serbuk tempoyak segera dan Taladish-Resepi Kuih Talam segera.

“Dengan terhasilnya produk sebegini menunjukkan bahawa pelajar USIM penuh dengan daya kreativiti dan inovasi hasil didikan pensyarah USIM yang mana hasilnya hampir setanding dengan produk di pasaran masakini”, kata Naib Canselor USIM, Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Muda semasa merasmikan Hari Pelancaran Produk Baru kali ke-3 anjuran Fakulti Sains dan Teknologi USIM.

“Tradisi ini harus menjadi penghayatan kepada semua pelajar diharapkan usaha ini akan berterusan dan meningkatkan kualiti graduan program Bioteknologi Makanan USIM kelak”, tambah beliau lagi.

Penghasilan produk baru ini bukan sahaja untuk memenuhi silibus kursus Bioteknologi Makanan, tetapi juga menyahut saranan Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Muda yang amat menekankan budaya inovasi di USIM semasa berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan USIM baru-baru ini.

Antara objektif program ini adalah untuk menyediakan platform kepada para pelajar menunjukkan bakat, kebolehan dan kreativiti dalam mencipta produk baru. Setiap produk makanan dinilai berdasarkan beberapa kriteria seperti keunikan, potensi pasaran, persembahan dan kandungan nutrisi.

Tempat pertama telah dimenangi oleh kumpulan Durianis yang menghasilkan serbuk tempoyak segera yang diberi nama Tempower. Ianya dihasilkan melalui proses fermentasi isi buah durian bersama sodium chloride diikuti dengan proses dehidrasi selama 24 jam sehingga menjadi serbuk. Produk ini di datangkan dalam bentuk serbuk dan menepati keperluan pengguna masakini yang sentiasa mengejar masa dan inginkan sesuatu yang tradisional tetapi mudah disediakan.

Manakala tempat kedua telah dimenangi oleh kumpulan Mushmee yang menghasilkan campuran mee dengan suplemen cendawan tiram yang bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kualiti dalam kandungan mineral tetapi mempelbagaikan kegunaanya dalam masakan.

Tempat ketiga berjaya disandang oleh kumpulan See-Foot Enterprise yang mempertaruhkan produk makanan Kraker Cendawan berkhasiat. Kraker ini mengandungi cendawan sebagai kandungan utama diikuti dengan tepung jagung, gula, garam, putih telur dan sedikit oregano untuk menambah perisa.

Masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200 untuk tempat pertama, RM150 dan RM100 untuk tempat kedua dan ketiga. Di samping itu juga mereka menerima hadiah tambahan sebanyak RM100 untuk setiap pemenang.

Turut hadir Y.Bhg. Prof. Dr. Bachok M.Taib, Menjalankan Tugas Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Y.Bhg. Prof. Dr. Bahrom Sanugi, Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Y.Bhg. Prof. Dr. Jalani Sukaimi, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi dan Y.Bhg. Prof Dr. Salmah Yusof, Ketua Program Bioteknologi Makanan.

Oleh :
Siti Maizatul Akmar Ismail
Pembantu Wartawan
Unit Komunikasi Korporat
pwartawan@usim.edu.my
Tel : 06-7988025/8026/8027/8028

Prof Salmah, Dean, NC




video


Montaj NPLD 2010

4 comments:

  1. salam..
    blog ni boleh komen ke?papepun tahniah diucapkan kepada adik2 sume ye..smoga trus sukses..sume produk hebat2 dari zaman akak dulu ni..hehe..

    -1st batch food biotech=)

    ReplyDelete
  2. wassalam

    boleh komen
    nak hantar artikel untuk dipaparkan di blog ni pun boleh
    perkongsian dari org lama

    terima kasih kak

    ReplyDelete
  3. baru dpt sc tekno kat usim...bule bagi info sket tak??
    prospek keje luas tak?
    nk pilih food biotech...

    ReplyDelete