Thursday, February 17, 2011

Posted By FST USIM | 5 comments

Kegemilangan Sains Islam Part 1


Kegemilangan tamadun Islam berkembang maju dalam tempoh tidak kurang dari empat abad menjadi sejarah yang cukup manis dikenang oleh orang Islam bahawa, suatu masa dahulu umat ini sememangnya sangat terkehadapan dalam sains dan tradisi keilmuan. Saintis muslim membintangi dunia keintelektualan dengan tamadun Baghdad sebagai puncak kegemilangannya.


Ini terbukti dengan lahirnya ramai saintis dari kalangan masyarakat Muslim yang menguasai banyak bidang-bidang sains matematik, perubatan, fizik bioligi dan seperti Al-Razi (guru Ibnu Sina), berkarya dibidang kimia dan kedoktoran, menghasilkan 224 judul buku, 140 buku tentang prubatan, diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin.


Bukunya yang paling masyhur adalah Al-Hawi Fi ‘Ilm At Tadawi (30 jilid, berisi tentang jenis-jenis penyakit dan cara penyembuhannya). Buku-bukunya menjadi bahan rujukan serta panduan doktor di seluruh Eropah hingga abad 17. Al-Razi adalah tokoh pertama yang membezakan antara penyakit cacar dengan measles. Dia juga orang pertama yang menyusun buku mengenai kedoktoran anak.



Selain itu, Al-Battani (Al-Batenius) adalah seorang astronomi dan hasil daripada kajiannya tentang bumi mengelilingi pusat matahari dalam waktu 365 hari, 5 jam, 46 minit, 24 saat. Buku yang paling terkenal adalah Kitab Al Zij dalam bahasa latin. Di sampan itu, seorang lagi ahli geografi Al Ya’qubi dan juga, sejarawan dan pengembara. Buku tertua dalam sejarah ilmu geografi berjudul Al Buldan (891), yang diterbitkan kembali oleh Belanda dengan judul Ibn Waddih qui dicitur al-Ya’qubi historiae.seterusnya, Al Buzjani (Abul Wafa), ia mengembangkan beberapa teori penting di bidang matematik (geometri dan trigonometri).


Sejarah telah membuktikan bahawa sumbangan Islam pada kemajuan ilmu pengetahuan di dunia moden menjadi fakta sejarah yang tiada tandingnya. Bahkan bermula dari dunia Islamlah ilmu pengetahuan mengalami transmisi (penyebaran, penularan), diseminasi dan proliferasi (pengembangan) ke dunia Barat yang sebelumnya diliputi oleh masa ‘the Dark Ages’ mendorong munculnya zaman renaissance atau enlightenment (pencerahan) di Eropah. Sains dan teknologi Islam telah membangkitkan era Kegemilangan Eropah dari zaman kegelapan dan meraba-raba akibat tekanan dari pihak gereja. Di zaman gelap itu juga menyaksikan golongan saintis dan cerdik pandai mereka dipenjarakan dan juga dibunuh akibat salah faham golongan gereja dengan anggapan bahawa sains adalah satu aliran sihir yang berunsur syaitan


Negara-negara Islam yang mempunyai penduduk majoriti di planet bumi ini dapat mempelopori penemuan dan ciptaan baru dalam sains dan teknologi selepas beberapa abad menjadi pengguna dan pengekor kemajuan teknologi barat yang belum tentu dapat dimanfaatkan dalam kesibukan dunia globalisasi kini.


Disediakan Oleh:

Aminah Alias

Program Bioteknologi Makanana, Tahun 2

5 comments:

  1. Syabas!..Ooo.. Aminah tahun 3 ke? Good job!~

    ReplyDelete
  2. bgus usim mampu lahirkan mahasiwa yg mahir ilmu aqli dan naqli

    ReplyDelete
  3. to mie...
    aminah tahun 2...
    calon mpp kwsn FST...

    ReplyDelete
  4. vote mina jgn x vote~~^_^~~

    ReplyDelete
  5. aminah! reply me ASAP if u get this.. i've been searching u~~

    ReplyDelete