Wednesday, August 31, 2011

Posted By FST USIM | 3 comments

Selamat Datang Mahasiswa Sarjana Muda FST


Assalamualaikum w.b.t.,

             Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T  kerana diberi peluang dan ruang kepada saya untuk  mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada saudara/i berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terutamanya Fakulti Sains dan Teknologi (FST)

              FST mempunyai keunikan dan kegemilangan tersendiri. Oleh itu, kehadiran saudara/i menjadi pembakar semangat kepada kami untuk mencipta nama USIM khususnya FST dipersada dunia.

           Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berpadu tenaga bersama-sama dengan warga FST yang lain mengangkat semula tamadun Islam yang pernah digeruni oleh barat suatu ketika dahulu. Semoga USIM dapat menjadi ‘Cardoba’ kedua dimana gemilangnya sains dan teknologi di zaman kegemilangan Islam  mengikut acuan misi dan visi USIM.

            Saya mengalukan cadangan dan pandangan yang positif bagi memantapkan fakulti yang tercinta ini dan akan berusaha secara ikhlas untuk membantu saudara/i. Sebarang permasalahan dan cadangan boleh disalurkan kepada saya: aminahalias@rocketmail.com
Untuk maklumat lanjut sila layari:

web FST : http://fst.usim.edu.my/
blog FST: http://fst-usim.blogspot.com/


Klik untuk besarkan paparan

"YA ALLAH... Bulan Ramadhan yang mulia ini akan meninggalkan kami, ampunkan 
dosa-dosa kami, terimalah doa kami, ibadah puasa kami, sedekah 
kami dan amalan yang telah kami lakukan"

Jika kesilapan semalam belum terampun, ampunkanlah. Jika kesilapan hari ini 
menyakitkan, harap dimaafkan. Dan kesilapan esok yang mendatang 
jangan dibawa ke akhirat.

Kullu 'Amin Wa Entum Bi Khair Wa Ilalika' Ma'assalama. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-54



Ikhlas daripada:

Aminah Binti Alias
Mahasiswi Tahun 3
Bioteknologi Makanan
Merupakan Exco Kesenian dan Kebudayaan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM







3 comments:

  1. sama-sama menggemilangkan sains bersama islam

    ReplyDelete
  2. moga Allah memberkati perjuangan kita semua!

    ReplyDelete
  3. mantap...strive for islam!!!
    insyaALLAH~

    SELAMAT DATANG MAHASISWA FST!
    PENERAJU KEGEMILANGAN SAINS ISLAM!!

    ReplyDelete