Saturday, June 11, 2011

Posted By FST USIM | 0 comments

Mi segera dari Korea disyaki dicemari kimia

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa produk makanan dari Taiwan ditarik balik dari pasaran berikutan tercemar dengan di- (2-ethylhexyl) phthalate (DEHP) dan di-isononyi phthalate (DINP), semalam produk mi segera dari Korea, Shin Ramen turut disyaki mengandungi bahan tercemar sama.

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan mengarahkah produk itu ditarik balik serta merta dari pasaran sehingga ujian mengesahkan ia selamat daripada bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik itu dan mereka yang sudah membeli produk itu, dinasihatkan supaya tidak memakannya sehingga ia disahkan selamat.
Bercakap selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-29 Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad di Wisma MCA, di sini semalam, menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Shin Ramyun turut diedarkan syarikat sama, namun memberi jaminan orang ramai tidak perlu khuatir dengan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan dan Korea kerana kementerian mengenakan kawalan ketat.


Maklumat tambahan DEHP:

Maklumat tambahan DINP:


Sumber:

0 comments: