Monday, July 9, 2012

Posted By FST USIM | 0 comments

Usim Anjur Pertandingan Reka Cipta


Bertujuan memberi pendedahan mengenai inovasi dan sains selain menyemarakkan budaya reka cipta di kalangan mahasiswa.

UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (Usim) menganjurkan program Pertandingan Inovasi Pelajar bagi memberi pendedahan mengenai inovasi dan sains selain membudayakan reka cipta di kalangan mahasiswa, baru - baru ini. 

Penganjuran kali kedua itu juga bagi memberi peluang kepada pelajar mempertandingkan ciptaan ke pelbagai peringkat.

Pengarah program mahasiswa, Ahmad Kushairi Embong berkata, mereka bukan saja didedahkan dengan kepentingan inovasi, malah memberi peluang bersaing secara sihat menerusi hasil penciptaan.

“Program ini menjadi landasan mahasiswa menunjukkan kemampuan serta kreativiti menghasilkan reka cipta, selain medan bertemu dan bersaing antara satu sama lain.

“Hasil daripada program ini, ia membentuk proses pembelajaran berterusan,” katanya.

Sebanyak 64 hasil ciptaan dipertandingkan dalam program dua hari itu termasuk persembahan pelajar selain ceramah motivasi dari pen–syarah jemputan.

Sementara itu, reka cipta unik yang mendapat perhatian ialah coklat tempe, kit smart solat dan sejadah yang menyala.

sumber:

0 comments: