Wednesday, September 5, 2012

Posted By FST USIM | 0 comments

Ekspo Halal Terbesar di Malaysia


Daripada pengasas MIHAS, kami bawakan kepada anda EKSPO HALAL TERBESAR MALAYSIA khusus untuk pengusaha produk halal tempatan!

HALFEST – sebuah ekspo Halal yang diwujudkan untuk memperkukuhkan dan merangsang industri halal tempatan sebelum melangkah ke pasaran global. HALFEST turut mempunyai sasaran untuk menjadi platfom dalam membangunkan pasaran halal di peringkat negara.
 

HALFEST – platform halal paling efektif buat pengusaha produk dan perkhidmatan untuk mempromosikan dan memasarkan produk mereka kepada pengguna tempatan di samping meningkatkan hubungan perniagaan antara penggiat industri dan konsumer tempatan.
 

HALFEST – memberi faedah kepada pasaran tempatan dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan halal secara agresif di mata umat Islam dan bukan Islam di Malaysia dan orang ramai.
 

HALFEST sememangnya amat dinantikan penuh kemeriahan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang meriah! Penampilan selebriti terkenal, demonstrasi dan pertandingan memasak, kuiz dan permainan untuk kanak-kanak dan pelbagai aktiviti menarik menjanjikan keseronokkan khusus untuk seisi keluarga. Di samping itu, Halfest turut menjanjikan peluang membina rangkaian di seluruh tapak ekspo di samping menyediakan platform untuk membincangkan kebimbangan tentang integriti produk-produk halal dalam minda semua pengguna-pengguna halal dan pelbagai topik berkaitan dalam usaha mewujudkan usahawan negara yang berdaya saing.  


Program Acara
  1. Temui Selebriti Kesayangan Anda Setiap Hari di HALFEST 2012
  2. Cabaran Dapur Cilik HALFEST
  3. Pertunjukan Busana “Moslema In Style”
  4. Pencarian Ratu Resipi Malaysia
  5. Penampilan Upin & Ipin
  6. Minggu Kaligrafi Islam
  7. Demo Masakan Wokshop Chef Zam
  8. Minggu Perbankan Islam dan Takaful
  9. Bengkel Solekan
  10. Demonstrasi Pemakaian “Hijab In Style”
  11. Persidangan Usahawan Bumiputera oleh MARA
  12. Persidangan Perhubungan Perdagangan & Sesi Suai Niaga oleh HDC
  13. Forum Pengguna Islam oleh PPIM
* Program-program di atas tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal

0 comments: